Perempuan kuat menipu

ahai…….

Seorang perempuan mempunyai pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan fizikal atau dengan kata lain menutup ketidaksempurnaan diri, berbanding dengan lelaki (lelaki tulen).

1) Dada yang menggiurkan. Dada yang leper atau tidak memberangsangkan boleh bertukar menjadi montok dan menjadi daya tumpuan dengan bertukar kepada push-up bra atau padded bra.

Image result for push up bra before and after a cup

2) Bentuk badan sempurna. Bentuk tubuh yang tidak berapa curvy atau terlebih lemak boleh disembunyikan dengan memakai korset untuk mendapatkan ilusi langsing dan figure berlekuk macam jam pasir. Ya, perempuan memang sanggup sakit untuk nampak cantik. Kepuasan diri, katanya.

Image result for korset

3) Mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Atau dari mata turun ke hati. Mata yang besar dan bersinar sinar memang boleh memukau sesiapa yang memandang. Bila kita bercakap dengan seseorang pun kita akan pandang pada mata nya dulu kan (bukan terus pada dadanya). Mata yang bewarna selain coklat kehitaman adalah satu bonus. Sekarang kau cakap je nak mata warna apa, semua ada. Dari sekecil-kecil mata, kau boleh mendapat sebesar-besar nya. Perempuan comel mata besar, siapa tak nak oh?

Pemakaian contact lenses banyak membantu. Pilih saja ukuran diameter dan warna yang berkenan. Faktor rabun bukan lagi satu alasan utama untuk memakainya.

4) Wajah jelitawan. Tak susah, dengan bantuan pelbagai jenis alat mekap dari pelbagai jenama,bulu mata palsu dan plastik eye lids. Segala kekurangan atau cela pada wajah dapat disembunyikan. Yang kurang dapat dilebihkan. Mata sepet boleh jadi besar, bibir nipis boleh jadi tebal, kulit gelap boleh jadi cerah, kulit kasar boleh jadi halus.

Dengan kuasa mekap, anything is possible bebeh!!

5) Pinggul montok rasa nak tepuk. Apalah guna dah pakai push-up bra dan dapat dada yang montok serta badan yang menggiurkan, kalau punggung mu leper saja. Kini bukan lagi masalah, dengan terdapatnya silicone padded butt apa kejadah.

Pakai bendalah ni punggung nampak tebal sikit. Pandai-pandai lah jangan bagi sesiapa tepuk. Nanti terbongkar rahsia you.

6) Ketinggian melampai bak model. Ketinggian juga boleh menjadi satu dilema pada perempuan. Habis tu kau ingat kenapa boleh ada tercipta high heels sampai 12 inci? Tapi point penting adalah, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan ilusi langsing pada perempuan. Kaki nampak panjang gitu. Kalau boyfriend galah, bila pakai heels barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Walaupun terdapat kajian yang mengatakan pemakaian high heels dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang, tapi peduli apa. Itu bukan penghalang.

Image result for high heels
Sampai sekarang akak tak faham bagaimana perempuan boleh berjalan dengan ini? Kita memang makhluk hebat bukan? Akak paling tinggi pun 6 inci je dikkk.

7) Rambut mayang mengurai. Rambut adalah mahkota wanita. Rambut tak jadi masalah bagi wanita sekarang. Tak suka kerinting, boleh pergi luruskan buat rebonding. Bosan lurus, boleh buat curly wavy sikit. Dah bosan rambut curl, potong pendek pulak. Muak tengok rambut pendek sebab kurang cara nak gayakan, boleh panjangkan balik buat hair extension. Bosan tengok rambut hitam nampak melayu sangat, boleh pergi warnakan perang. Hari ni ungu, esok hijau pon boleh. Dah bosan ada rambut, pergi botak kan. Botak pon fesyen juga. Penat botak, pakai wig. Apa ada hal.

Image result for curl hair

macam color rambut akak.

Ini adalah sampingan. Tahukah anda bahawa perempuan mempunyai pelbagai pose untuk menampakkan dirinya kurus dalam gambar? Contohnya, ambil gambar dari angle atas/condong/45 darjah untuk sembunyikan dagu berlapis, menjadikan mata nampak besar dan muka kiut. Ini adalah pose paling ramai orang buat.

Menjadi seorang perempuan ini sangat bertuah, bukan? Ketidaksempurnaan itu boleh dikatakan tidak lagi wujud. (Dari pandangan luaran).

Maka, pada pandangan anda, adakah perempuan ini merupakan makhluk

a) tak pandai bersyukur atau tak puas dengan apa yang ada
b) kurang keyakinan diri
c) terlalu mengejar kesempurnaan
d) tuntutan nampak cantik setiap masa di hadapan semua orang

Akak tak nafikan akak buat semua benda2 yg akak senaraikan kat atas tu.Akak nak di kategorikan nampak cantik 24 jam, maklumla akak bukan insan sempurna.akak teringin jugak nak hot seperti cik ta.
e)memang suka nampak cantik untuk kepuasan diri
f)nak pikat lelaki?
g)kesemua di atas.

Advertisements

Email

Salam..

Akak tau ramai yg nk berkenalan,nk mengomen,nak ajak bercinta,nk sembang2,nk tanya2 dan mcm2la.Sila email akak ke intannurazzura@yahoo.com utk sebarang pertanyaan dan sebarang maklumat. No phone akak tak bole bg sbb privacy sgt.kehkehkeh.

Buat ms skang akak bz,tak buleh nk belog2.tp akak harap korang still tunggu akak ye..ada jodoh kita jumpa lagi..

Benci lirik lagu ni!!!

Hi semua..sayang semua…muahhhh

Cer tengok tajuk akak.kebabom kan.Benci lirik lagu ni!!! yess akak memang benci lirik lagu ni..sangat benci.akak perempuan isteri dan……….so akak memang benci lirik lagu ni.

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah…

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar
Untuk menguji

Itu lirik di sana memanti di sini menunggu..dan ada lagi satu lagu..

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

mmm korang dah bacakan?menyampah dan benci kan.tapi itu utk perempuanla.kalau yang lelaki melompat sampai ke awan.

Bila sebut pasal bermadu, dah pasti ramai wanita yang geleng kepala laju-laju. Jarang sekali ada wanita yang cakap ”Saya rela bermadu”.kalu ada pun orang gila je.

Pernah tak kaum lelaki terfikir dan menganalisa kenapa kaum wanita tak mahu bermadu walaupun ia dibenarkan dalam agama Islam? meh akak share ngan korang:

1. Takut Suami Tak Reti Nak Balik Rumah

GrOtgM

Kalau baru kahwin dulu, tepat pukul 7 malam dah tercongok depan rumah. Masa tu si isteri pula sibuk memasak untuk suami yang penat berkerja.

Tapi, bila dah bermadu mestilah kena bahagi-bahagikan hari dengan madu. Cuma, yang merisaukan, si suami langsung tak muncul sampai berbulan-bulan. Acane?

2. Tak Mahu Share ‘Kekayaan’ Suami

wink2

Bukanlah bab duit sahaja yang menggusarkan hati wanita, tetapi ‘kekayaan’ suami daripada segi kasih sayang dan perhatian juga sering menjadikan seorang isteri itu tak sanggup berkongsi suami.

3. Terpaksa Tidur Sorang-Sorang

EXKw6F

Dahla memang suka tidur berkepit. Stok penakut pula tu. Tapi, bila tiba-tiba si suami tiada di sisi sebab dah tiba giliran belah sana, mulalah tak boleh tidur malam. Lepas tu kepala dok terbayang-bayang suami tengah buat apa dengan si madu. Aish.

4. Dituduh Tak Pandai Jaga Suami

http---makeagif.com--media-7-05-2013-HL32SC

Fuh. Story macamni kalau diketahui oleh jiran tetangga, akan jadi hot news of the month. Mulalah cakap yang anda ni jenis tak pandai nak jaga dan layan suami. Sebab tu lah suami pasang cawangan lagi. Ish. Sabar je lah.

5. Kebajikan Anak-Anak Terabai

cry_baby

Anak dah la berderet-deret. Semua pun kecil-kecil lagi. Maka, para wanita ni risaulah andai kata si suami ‘syok’ sangat layan layan isteri baru sampai lupa tanggungjawab kepada anak-anak.

6. Tak Mahu Cipta ‘Drama’

my_husband(1)

Biasalah. Perempuan penuh dengan emosi. Asal tak puas hati sikit je mulalah menangis, meraung dan lawan tarik rambut dengan madu. Fuh. Time tu lah suami rasa nak cari yang nombor tiga.

7. Kena Cop Perampas

Screen Shot 2015-02-26 at 1.05.12 PM

Lain pula ceritanya kalau anda merupakan orang ketiga dalam rumahtangga tersebut. Dah sah-sahlah semua orang termasuklah bff ada persepsi yang korang ni perampas suami orang!

8. Dengar Kisah Negatif Pasal Bermadu

Screen Shot 2015-02-26 at 1.07.08 PM

Saban hari, ada je cerita-cerita sedih mengenai hidup bermadu ni. Tak yang pertama terkilan, yang kedua pula rasa dianiaya. Humph.That why akak benci lagu uks dan akak tolak poligami mentah2.so what??

Intan Nur Azzura

Akak dapat rasa yang korang semua rindukan akak.Akak bz,sampai rs mcm nak close je blog akak.tapi akak rs sayang pulak nak close.so kalau akak takde..bukan bermakna akak takde langsung.cuma akak menyorok sikit je.buat pencinta2 dan perindu2 akak yang menantikan akak .ni la gambar terbaru akak.enjoyyy.

11224538_1155013317858240_1642432892563652360_n

i’m intan nur azzura..peace!!

1513682_10202728352648193_6262721555164973556_n (1)

i’m intan nur azzura..peace lagi !!

mulut busuk

hai….

sekarangkan bulan puasa…akak nak kupas isu mulut busuk kat korang..

korang mesti pernah jumpa orang yang bau mulutnya busuukk tak ingatkan?? Ke.. korang pun tergolong dalam golongan mereka yang bermulut busuk.ingat tau… mau sebatu orang lari. akak ada kawan 1 opis yang mulut dia ya rabbi…..dari jauh bercakap pun dah berbau.tak bercakap pun berbau jugak.dahla akak duduk sebelah dia,terseksa hidup akak.yang tak terseksa bila cuti sabtu ahad aje..huhuhu .busuk tu bukanla busuk sedap.busuk bau longkang/taik/sampah.huhuu lagi…

Tau tak kenapa mulut  boleh berbau?? Masalah ni memang nampak ringan. Tapi awas ia akan menjadi bahan umpatan orang, keyakinan diri korang juga terkesan sama tau. Ok sekarang mari kita selami penyebab dan cara mengatasi masalah ni.

Bau mulut ni selalunya terjadi kepada orang dewasa .budak kecil pun kena gak.. Tapi baunya lain sikit..Ianya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria mulut. Namun, ada juga penyebab lain..

Kerosakan gigi
Penyakit gusi
Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi
Mulut kering
Aktiviti bakteria yang berlebihan pada lidah
Jangkitan tenggorok atau tonsil
Radang selaput lendir pada hidung.

Image result for mulut busuk


Cara untuk elakkan bau mulut pula
Selain memberus gigi, bersihkan juga gigi menggunakan dental floss. Pakai benang pun boleh,lidi pun boleh..hehe
Guna pembersih lidah.
Guna formula ubat kumur. Macam Listerine ka.. Plax ka.. dan yang sewaktu dengannya..
Banyakkan minum air masak. Jangan terlalu banyak minum air kopi.
Kunyah gula-gula getah, khasnya kalau mulut terasa kering.
Makan sayur-sayuran
Berkumur selepas makan.. Kalau nak gosok gigi lagi bagus..
Kurangkan mengambil makanan ringan.. Sebab ianya mudah terselit kat gigi
Hidup sihat, tidak merokok..

INGAT..PASTIKAN MULUT KORANG TAK BUSUK..

Kalau dalam bulan puasa, lain kesnya ya.. Pastikan jangan banyak sangat bercakap..korang puasa tak??

Resepi Kuih Tart Nenas

Hi semua.

Puasa ke? akak puasa je harini. Harini akak tak bz kat opis,so akak nk bg resepi kuih kegemaran akak iaitu kuih tart nenas.kuih ni memang feveret akak dari kecik sampai la nak masuk 4 series.di sbbkan feveret akak,akak  suka buat kuih ni tiap kali raya.dari encik abang sampai ke anak-anak pun suka.tak sempat raya kuih habis.terpaksa akak sorok kuih tu sbb takut di habiskan oleh org-org yg akak sayang 😀 .bagai org di luar sana,selamat mencuba…

BAHAN DOH
250 g mentega
100 g margerine
100 g gula aising
3 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
400 g tepung gandum*
50 g tepung jagung** digaul dan diayak)

BAHAN UNTUK GLIS
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS
550 g nenas
300 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA
UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 – 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

17859657629_285e431456_b

Cinta dan kentut

Tak dapat di nafikan bahawasanya akak memang manusia yang kuat kentut.bole di katakan hari-hari akak mesti kentut.nama akak dah sinonim ngan kentut.bayangkan akak paling kuat kentut masa tengah tidur.sian kat encik suami akak,tp naseb baik kentut akak tak busuk,cuma bunyi je mcm disco.kehkehkeh…di sbbkan citer pasal kentut,akak ada story pasal cinta dan kentut,

Persamaan dalam perbezaan

1) CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana. CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita.

2) Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega. CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.

3) CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau. CINTA itu halus, KENTUT itu virus. CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.

4) CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!” KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”

5) CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari: Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?” Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”

6) CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai. CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Image result for kentut

Bagi akak kentut tu sangat indah.lagi-lagi ada bau.kuangkuangkuang

Sukan Sea 2015

Hi everyone,

Akak kini kembali setelah frust dengan GST.lama betul akak tak ke udara kan…

kini akak kembali dengan perasaan berkobar-kobar sbb skang ni berlansungnya Sukan Sea di Singapore. akak tersangat2 la frust jugak di Sukan Sea Malaysia hanya dapat tempat ke 4 je.Kita kalah dengan Singapore dan  Vietnam.Thailand ok lagi sbb dia memang kuat.huhuhu.

Di sini akak nak terangkan dan tekankan,Malaysia sebenarnya boleh jadi JUARA!! Malaysia juga boleh melahirkan ramai atlet yang power-power.Tapi semuanya sayang belaka sebab atlet2 yang akak maksudkan itu semua telah menjadi GEMUK.

 

GST oh GST!!

Beep beep beeep,

Haa mesti ada yg ternanti2 kemunculan akak kan.akak bz la.ya allah tersangatla bz.tak bole nk ucap dgn kata2.hahahaha.

Di mana saja sekarang org bercerita tentang GST. akak terlambat nk citer pasal GST sbb akak bz.nah skang akak nak citer balik. GST Ianya adalah cukai barangan dan perkhidmatan yg dikenakan pada kadar 6% …Yg kena byr adalah peniaga tetapi yg membyr adalah pengguna ….Semua org adalah pengguna tetapi tidak semua pengguna adalah peniaga ….Namun tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST.Barangan makanan asasi rakyat Malaysia tidak dikenakan GST spt beras, tepung, sayur dsbnya …. namun begitu barangan makanan yg diproses semula spt coklat, sosej, bebola ikan/daging/ayam dan yg sewaktu dgnnya dikenakan GST …Jikalau beli baju-baju or seluar-seluar yg selalunya di pasaraya besar,akan dikenakan GST jugak.

Actually akak baru jeee last Sunday lunch di sebuah restoran … saja je akak tanya.GST ni harga makanan naik tak? Cashier di kaunter kata …. ya kak sbb kami byr GST ….huhuhu

So nak jimat dan nak mknan yg bersih, berkhasiat serta halal … beli dan masak jelah di rumah masing2  ye…bukan akak yang kata ye.AHmad Masalan yang kata.kuang kuang kuang.

akak tau semua org marah dgn kejadian GST ni,termasuklah bekas PM kita Tun Dr Mahathir.tapi nak buat camana kan.layankan aje.bak kata pak menteri kita,kalau tak suka malaysia,sila keluar dari Malaysia,kahakhaka..

tak kurang juga ada yg ugut,next PRU umno akan tumbang,akak sentiasa berdoa agar UMNO tak tumbang,kalau tumbang habisla laki akak,dia kan askar.takde bonus pulak kang,akak dan family akak adalah MACAI. jgn marah pro UMNO.kahkahkahkahkah

I’m back!!

Hi reader yang di kasihi,

Akak tau ramai yg ternanti2 kemunculan akak.Actually akak bukanlah menyepi dan membawa diri walaupun hati akak penuh lara. yang  betulnya akak tak leh bukak blog akak.akak terlupa password.kuang kuang kuang.berbulan2 akak cuba masuk kan semua password yg akak pernah guna.tapi semua tak masuk.apa dah jadi yerk?ada org try nk hack akak ke? well akak dah kembali…….nantikan posting akak yg mengetarkan korang2 semua yee…soonnnn