Jangan sakiti hati ku…

 

 

 

Bismillaahirrahmaanirrahiim..
 
Hai adik-adik semua..baca yer…harini mood baik sgt.akak ada nasihat utk para lelaki..
Untuk para lelaki…..
Seringkali wanita menangis kerana lelaki, entah kerana dikecewakan oleh sikapnya atau dilukai dengan perkataannya, ataupun ditinggalkan.

Ada sebuah renungan yang mungkin sangat bererti untuk diberikan kepada seluruh adik-adikku agar lebih menghormati dan menghargai wanita.

Suatu hari, seorang suami berdoa dalam keadaan marah dan emosi. Ia sgt marah pada isterinya yang seringkali menangis dan membuang air mata di setiap pertengkaran mereka..
Ia bosan. Sungguh bosan!!
Tidak  mahu terlibat dalam emosi yang negatif, ia pun sujud dan berdoa, meminta pertolongan kepada ALLAH.

” Ya Allah, mengapa wanita sering menangis? Aku bosan dan jemu melihat dan mendengarnya,” keluh lelaki itu.

Jawab ALLAH kepadanya:

” Kerana wanita itu unik. AKU menciptakannya tidak sama seperti kamu. Ia adalah makhluk yang istimewa.
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anakmu kelak.
KU lembutkan hatinya untuk memberimu rasa bahagia.
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
KU teguhkan pribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

KU beri naluri untuk tetap menyayangi walau dikhianati dan disakiti oleh orang yang disayangi.
KU hembuskan kasih sayang agar ia bisa mencurahimu dengan perhatian.
KU buat matanya lentik kerana ia akan menjadi jendela kedamaian.
KU buat senyumnya merekah seperti mahkota bunga untuk membuatmu tetap mengingat indahnya dunia.
KU buat tangannya terampil untuk menjagamu agar tak pernah kekurangan.

Tapi jika suatu saat ia menangis…
Itu kerana AKU memberikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan yang baru. Sebab airmata bukanlah sebuah tanda kelemahan dan kekalahan.”

Lelaki itupun tertegun sejenak. Diambilnya langkah bergegas, dipeluk dan diusapnya air mata dipipi orang yang dicintainya. “Aku akan membantumu menghapus luka batinmu itu…”

 

Jadi …Jangan pernah menyakiti hati wanita yerr…akak dah rasa dikkkkkk

 
 
 
Image
 
 
Gambar akak dan husband akak.Doakan akak bahagia sehingga akhir hayat kami…peaceee

Advertisements