Elakkan skandal tempat kerja.

Ok adik2,hawaw yu…harini akak tak bz,so akak updated blog je kan..

Di sebabkan akak terkesan dgn kisah Skandal di tempat kerja yg akak post tengari tadi,maka dgn ini akak nak ajar adik2 tips utk elakkan skandal tempat kerja.

1.  BERSIKAP TEGAS
lebih2 lagi kepada diri sendiri sebabnya disinilah bermula segalanya, cinta memang boleh datang bila2 masa je & pada siapa saja tapi diri sendirila yang harus teguh pendirian & menolaknya, mungkin tak mengapa bagi yg masih bujang tapi buat yang berumahtangga bibit2 cinta dari tempat kerja adalah tidak wajar dilayan. 

2.  JANGAN BAGI RESPONS
bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi, so elakkan bercakap hanya berdua kalau dah tau rakan sepejabat cuba mendekati, jangan dok layan sms ka or CHATTING  di internet tmbh2 la ni mcm2 jenis chatting dok ada kan, boleh jadi hubungan sulit nanti.

3.  JANGAN LUAHKAN PERASAAN
selalunya skandal sepejebat nie berlaku bila seseorang itu silap tempat untuk meluahkan perasaan. tertekan dengan masalah rumahtangga, ada yang jadikan rakan sekerja lelaki/perempuan sebagai  tempat luahkan perasaan, selalunya berdepan masalah ini, mereka sedia mendengarnya & di sinilah situasi menjadi sgt merbahaya.  Masalah demi masalah yang diluahkan akhirnya menjadi simpati dan semakin dekat dan tak mustahil lepas tu boleh jadi semakin rapat, jadi oleh tu elak la dari meluahkan masalah yang berlainan jantina.

4.  JANGAN LAYAN PANGGILAN TELEFON
walaupun kita cuba untuk mengelak dari skandal di tempat keja tapi kita sering diganggu dgn rakan sekerja yg ingin mendekati.  Ini cara untuk elakkan di mana jika kerap menerima panggilan daripadanya maka anda boleh menghubunginya kembali tetapi bukan membuat panggilan di telefon bimbitnya tetapi telefon rumah atau pasangannya.  Kalau kita buat macam ni mungkin akan buat dia terasa dan memberikan pengajaran buatnya.

5.  LEBIH BERDIKARI
sikap diri sendiri mungkin menjadi sebab akan terlibat dalam pemasalahan ni kerana kamu selalu meminta tolong rakan contohnya mintak tolong hantar atau mengambil kamu pulang dari kerja dan selalu mengajak menemani kamu keluar makan atau sebagainya.  Oleh itu, kena la belajaq berdikari tau!!!

6.  TUNJUKKAN KEKUATAN CINTA
bagi situasi suami isteri yang selalu berjauhan x mustahil ada yang cuba mendekati.  Jika ini yg sedang berlaku maka harus menunjukkan betapa kuatnya cinta anda pada pasangan.

7.  INGAT DOSA
Mengenangkan kelebihan diri rakan sepejabat yang cuba meraih cinta kamu, terdetik perasaan untuk menduakan pasangan anda.  Tapi sebelum melakukannya ingatlah tentang dosa kamu mengkhianati kasih sayang pasangan kamu, kenangkan apa pula dirasai jika pasangan kamu melakukan perkara tersebut.

8.  BERTUKAR KERJA ATAU BERTUKAR TEMPAT KERJAjika x ingin diganggu oleh kehadiran cinta yang tidak dikehendaki di pejabat maka kamu boleh menimbangkan keputusan untuk bertukar pekerjaan.  Walaupun berasa sayang dgn karier korang & bagi yang mempunyai kerja tetap mungkin buleh diusahakan pertukaran ke tempat lain bagi mengelakkan terus bersua muka.

 

Ok..bagi akak,tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..dan..

pokok takkan bergoyang kalu takde angin!! awas yer!!

Advertisements