Selamat berposa

Ya assalamualaikummm….

 

lama betul akak tak wat blog.skang ni akak bz sangat2la.mananya nk tgk bola,mn nk posa,mn nk terawih,mn nk shopping dan mcm2 lagila.akak bz bz bz bz.

Bersempena bulan mulia ni,kepada semua muslimin dan muslimat, SELAMAT BERPUASA DAN MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN.

kepada semua sahabat & sapa2 yang pernah mengenali diri akak, mohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dibuat sengaja atau x sengaja. Biasalahkan adat bergurau ,adat berkaseh.mesti ada yang terasa tanpa disedari.akak ada sedikit pesanan:

Jangan tinggal pose dengan sengaja.
Jangan lupa sahur dan juga lewatkan sahur kerana pada sahur itu ada keberkatan.
Jangan lewatkan berbuka pose.
Jangan tinggal terawih.
Jangan lupa bayar zakat.
Jangan lupa bertadarrus al-quran siang dan malam.
Jangan main mercun.
Jangan banyak tidur.
Jangan banyak mengumpat,takut kurang pahala pose.

Jangan asyik berskandal.

Jangan lupa banyak makan kurma.

Jangan membazir.
Jangan lupa bersedekah terutama kepada geng miskin dan fakir.

 

Anda suka pantun?akak suka pantun.cer baca: 

Bulan takde anak ,tapi orang tetap nak cari anak bulan,                                                         Bukan sebarangan orang boleh cari tapi hanya geng pejabat mufti,

Sekarang bulan barakah iaitu bulan ramadhan,
Bulan wajib pose bagi muslimin pompuan dan lelaki.

Maaf bermaafan amalan mulia,
Jauhi dendam dan sengketa,
Jangan biarkan diri dibelenggu dosa,
Agar puasa kita smart dan sempurna.

Syaitan, iblis, & keturunannya dibelenggu di alam maya,
Jangan biarkan nafsu bermaharajalela,
Jangan sehari baru berpuasa dah ingat nak raya,
Carilah dulu keberkatan sebulan kita berpuasa.

Kadang-kadang 29, ada juga 30 semuanya,
Itulah jumlah hari puasa diwajibkan pada kita,
Niat puasa jangan dilupa pada malamnya,
Agar tak sia-sia amalan puasa kita.

Kurma, kismis, madu, habbatus sauda antara makanan terbaik dunia,
Banyaknya stok ketika ramadhan tak perlu beratur,
Perangai orang kita suka awalkan bersahur & lewatkan berbuka,
Tapi yang sepatotnya awalkan berbuka & lewatkan bersahur.

Terawih, tadarrus tahajjud sunat diamalkan oleh kita,
Begitu juga zikir, sedekah, dan iktikaf agar pahala digandakanNya,
Mohon pada Allah agar diterima semua amalan kita,
Kelak kita bebas dari Neraka masuk ke SyurgaNya.

10 malam terakhir perlu lebih kuat mencari redha Allah,
Tidak terdapat rahsianya di lain-lain bulan,
Istimewanya kita sebagai umat Rasulullah,
Dikurnia LAILATUL QADAR lebih baik dari seribu bulan.

Jangan lupa apa pesanan akak.penat je akak belajar kat UIA tp korang tanak dengar!!

 

 

 

Advertisements