Resepi Biskut Batang Buruk

Tak lama lagi dah nak raya, selepas sebulan berpuasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Akak pulak fokus pada biskut raya, biskut apa nak buat raya tahun ni?

Takkan asyik nak beli je, nak juga 1 @ 2 jenis biskut raya yang akak buat sendiri barulah rasa seronok nak jamu org makan. Lagi pun banyak bezanya rasa biskut yang kita beli dgn yang kita buat sendiri.ini adalah resepi rahsia turun temurun mak akak @ rosmini anwar.akak dedahkan sbb akak tak kedekut ilmu punn…ilmu yg di curahkan ilmu bermanfaat.

Kali ini akak nak bagi idea kat anda semua yang tak tahu nak buat biskut apa, apa kata cuba resepi biskut batang buruk simple ni.lagi pun akak memang suka batang2 ni….opsss

Bahan-bahan  untuk Resepi Biskut Batang Buruk 

700 gm tepung gandumResepi Biskut Batang Buruk Simple
200 gm tepung beras
1 biji santan kelapa
800 gm kacang hijau
200 gm gula (dikisar)
2 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat resepi biskut batang buruk

1.Gaul tepung bersama-sama santan. Seeloknya santan hendaklah dipanaskan sehingga mendidih supaya kuih lebih sedap dan tahan lebih lama 

2.Masukkan telur ke dalam bahan-bahan tadi dan diuli

3.Uli hingga menjadi doh yang terbaik

4.Canaikan  sehingga menjadi kepingan yang nipis.

5.Kemudian dengan  mengunakan mesin nipiskan lagi doh yang telah dileperkan tadi

6. Potong ikut saiz kesukaan anda tetapi saya cadangkan berukuran 2cm x 3cm.

7.Gulungkan kepingan teping yang nipis tadi agar ada bahagian tengah yang berlubang (seperti straw)

8.Goreng dan apabila cukup garing, angkat dan tuskan minyaknya kemudian masukkan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

9.Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba adik adik akakkkkk,,kalau sedap bgtau akak,tak sedap diam je k..ahhhahaha

 

batang buruk

Advertisements