RESEPI SOS NANDOS

 

 
Korang penggemar Nandos?,nak buat sendiri?boleh je…tapi sos dia macamana? Nak beli mahal.sebotol RM12.90 kat Tesco.botolnya kecik je..so sekarang akak nk share cara nak buat sos Nandos.kalau korang nak tau,akak la pencipta asal sos nandos ni.diorang yg curi dari akak.tapi akak halal kan…ilmu tu ilmu bermanfaat,jadi ..akak tak kisah punn.
cuba buat jadi tak.?kalu jadi bgtau akak.kalu tak jadi,diam2 sudahhhh
 
Resepi sos peri-peri.
 
Bahan2nya:
300ml olive oil
80ml cuka 
Cili merah hidup- buang biji dan cincang.
benggala merah  – buang biji dan cincang.
Cili api– buang biji dan cincang.
Beberapa ulas garlic – cincang.
garam
gula,ikut suka hangpa
1 sudu mixed herbs
 
Cara membuatnya:
Panaskan olive oil dan cuka sekali,
kemudian masukkan semua bahan.
Masak selama 50 minit.kacau sekali sekali dgn api yg kecil.
Kemudian biarkan ia sejuk dan blander sampai lumat.
Then masukkan dalam botol lama sos nandos.habis citer
 
 
Resepi sos garlic peri-peri.
 
20 sudu of olive oil 
10 sudu garlic powder
3 biji lemons
4 sudu paprika
5 sudu cuka
12-18 biji thai cili -buang biji & potong2.
 
Cara membuatnya:
blender semua sekali sampai lumat,dan masukkan dlm botol.
Advertisements