kegilaan 4u2c

Hi semuaaa…

 

Dulu akak pernah menjadi remaja. Bohong sangat la kalau ada orang mengatakan dia tak pernah jadi remaja kecuali kalau dia dah mati sebelum remaja. Takkan dari zaman baby, kemudian kanak2, terus dewasa. imposible!

Zaman remaja akak dulu boleh dikatakan seronok jugak la. Itu sekitar awal 90-an dulu. Masa tu era Ekamatra, Exists, dan masa tu fenomena rock kapak dah mula menyusut sikit demi sikit sebelum diambil alih oleh irama rap. Kumpulan yang bikin panas dan popular pada masa tu ialah 4U2C!! akak gilakan Yan’z..Di mata akak,dia paling hensome dan cool..sampai sekarang akak still minat dia.

4U2C Komik Kawan Fiona chedinsphere  (13)

4u2c

Masa tu jugak la KRU pun muncul dengan lagu Awas. akak tak minat pun..Tapi masa tu KRU tak berapa hebat sangat popularitinya sebab zaman tu memang zaman kegemilangan 4U2C dengan Fionanya. Masa tu jugak la semua awek baya2 akak tukar nama jadi Fiona. Hey, nama kau Intan ok, nak tukar jadi Fiona tak sesuai ok!

Siapa tak kenal 4U2C baik kau pergi mati la…. sampai gitu sekali pengaruh kumpulan rap masa tu. Zaman gantung2 CD kat leher, pakai sweater tengah2 panas, topi senget sikit…. Kalau time bercakap mesti ada “Yo! Yo!” Nasib baik masa solat tak sebut “Yo!” ganti “Allahu Akbar”.

Bila cerita pasal sweater ni, akak teringat dulu masa kat sekolah, budak2 lelaki kemaruk betul pakai sweater. Macam berlawan2 pulak. warna-warni. Jenama paling hebat masa tu ialah Line 7. Kalau ada yang pakai Adidas lagi tinggi martabat dia. Yang pakai sweater takde jenama pulak akan rasa rendah diri tetapi tidaklah sampai membunuh diri. Hebat kan penangan irama rap masa tu?

Kumpulan rap pun muncul satu demi satu mengikut arus kegemilangan. Timbullah Nico, dan tak ketinggalan kumpulan rap perempuan iaitu Feminin, M’sTeen dan Res’2. Ketiga2 kumpulan ni memang akak minat sangat-sangat terutama As Feminin (walaupun suara hancuss).  

Itu kisah aliran muzik pada zaman akak remaja dulu. Sekarang ni pun lebih kurang sama kot. akak pun tak layan sangat lagu-lagu sekarang ni sebab tak ada ummphh macam dulu.

Dulu bila pukul 9 malam je akak dah melekat depan radio. Tunggu rancangan Pilihan Bersama kat Radio Muzik (sekarang Nasional FM) sampai la pukul 12 malam. Siap dah pegang senarai lagu yang akan ke udara tu! (Dulu senarai lagu pilihan pendengar dimasukkan dalam surat khabar)hebat kan dulu2.

Lepas tu dah siap-siap dengan kaset kosong. Untuk apa? Nak rekod lagu la. Dulu mana ada 4shared atau Youtube. Kalau nak dengar lagu kegemaran terpaksa bergantung pada Radio Muzik je. Nak beli kaset rugi… sebab satu lagu je yang best. Yang lain asal ada je, cuma nak penuhkan satu album 10 lagu je.

Zaman tu lagu-lagu yang popular ialah lagu Ziana Zain Kemelut Di Muara Kasih. Lagu lain yang tengah berhantu masa tu ialah lagu jiwang karat tangkap lentok habis meleleh macam lagu Lestari apa tu tajuk dia… yang ada mahligai air mata tu. Tapi memang akak tak suka lagu tu sebab leleh sangat la. hahhahhahHa

Zaman tu jugak tengah kemaruk kumpulan-kumpulan rock jiwang karat tangkap leleh. Yang akak ingat la, Spoon, Scoin, semua yang ada ‘S’. Kelakar betul la. Tapi akak tak layan lagu jiwang tu sebab lagu-lagu tu tak dapat menandingi kehebatan lagu-lagu rock kapak 80-an dan awal 90-an.

Ok, berbalik pada rekod lagu tadi. Bila agak-agak lagu yang nak dirakam tu dah sampai giliran, jari akak dah siap pegang butang Play+Record. Kena tekan serentak. Kalau tekan lain-lain nanti dia tak rakam. Masa tengah rakam tu akak pun berangan la sekali menjiwai lagu tu. Nota sejarah ke mana, aku ke mana. hahahhaa

Dulu masa remaja akak suka dengar radio. Lagi satu akak suka dengar Best 104 petang-petang slot jiwang karat tu. Lupa la apa nama rancangan dia, tapi rancangan tu pendengar kirimkan kisah jiwang diorang pastu dj tu pun baca dalam sendu-sendu gitu. Ya Allah geli pulak bila aku teringat. mmmmmm

Masa tu memang akak suka berangan sangat. Berangan pergi honeymoon la, tapi tak pernah berangan nak masuk universiti. Ntah hapa-hapa aku dulu. Pergi sekolah memang la belajar, tapi belajar masuk kanan keluar kiri. Pastu setiap tahun mesti ada abang form 6 minat kat akak. HAhahahahhaHAHAHhaa. Memang tak boleh blah la ayat akak kan… Apa kau ingat aku ni stok abang form 6 ke?

Lepas tu bila time buat kerja rumah, akak buat lebih kurang je. Yang lebih banyaknya dengar Radio Muzik. Lepas tu berangan syok sendiri teringat kat abang form 6 tu (HAHHaAHahAHahHA).glamer betul akak dulu.

Masa akak sekolah dulu akak bukanlah budak gedik.Ada pun sikit2 je.. Alhamdulillah akak tak pernah terlibat dengan gejala negatif (masa tu tengah hangat gejala lepak, bohsia dan bohjan). Alhamdulillah itu semua berkat kawalan mama dan papa.bangga sekejap!!

Ok, akak dah beritahu akak suka berangan kan? Masa belajar tak belajar, sibuk dengar Radio Muzik. Masa tuisyen pergi tuisyen tapi haram tak pandai-pandai jugak. Bukan tak pandai, tapi akak sebenarnya MALAS.

Kenapa ‘ek akak ceritakan  kisah zaman remaja akak ni? Sebab akak rindu akan zaman tersebut. Lagi-lagi bila dah jumpa member-member lama sekelas dulu di FB, rasa macam nak balik semula ke zaman itu. Dan mungkin untuk mengubah takdir menjadi lebih baik.

Tidak, kalau pun akak boleh kembali ke zaman itu, akak tak akan ubah takdir. akak biarkan saja ia begitu. Sebab, kerana takdir itulah akak menjadi diri akak sekarang ini. Sekarang akak ada kerjaya yang baik & mantap, yang menjamin masa depan, akak ada keluarga yang bahagia dan akak ada abg li tercinta  serta gegirl & perple yg comel gila tu!.

Tak perlu fikirkan tentang penyesalan. Lihat di mana kita berada sekarang. akak rasa akak sudah memiliki apa yang semua orang inginkan – kebahagiaan. Alhamdulillah.

Pesanan buat adik-adik, jangan asyik usha abg2 form 6 yer…jangan kuat berangan macam akak ye. Nanti tak score!

Advertisements