Mat Bangla

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua readers akak yg di kasihi.

Akak nk share awatla pompuan melayu suka benor kat mat bangla…

1. Sebab diorang lebih setia

Kebanyakan mereka ni ibarat walau lautan api sanggup direnangi. Akak ade terbaca gak yang benda ni tak kekal lama. Biasanya time belum kawen, time bercinta, memang semuanya baik/elok, tapi bila dah kawen, jadi lain.. Kwang kwang.. Tapi diorang memang jenis yang kalau dah ade awek, terus terang cakap dah ade awek. Takde nya nak mengaku single or dalam Fesbuk tulis ‘single’ walhal tetiap minggu dating dengan bebi sayang cinta hati dia siap bersuap suap makan durian crepe.

Setakat ni akak belum pernah dengar lagi kes dorang curang dengan girlpren/pasangan Malaysia dorang. Err lagipun time zaman pemerintahan British dulu, diorang ni (Gurkha) memang terkenal dengan kesetiaan diorang, loyal, berani, dan tak akan berundur lari ketakutan dalam medan peperangan. So, boleh ke dikaitkan perkara tersebut dengan hal cintan cintun? wahahah

2. Sebab diorang lebih romantik

Hahahaha. Bagi akak gelak dulu sebelum explain.. Bagi akak, entah la. Maybe yang akak kenal takdela sangat romantik gile babi pun. Tapi perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan adalah, dorang lebih thoughtful. So I guess thoughtful selalunya dikaitkan dengan romantik kot. Atau mungkin jugak dorang lebih romantik sebab banyak sangat tengok movie Hollywood. Haha. Sebabnya, akak sebenarnya terkejut jugak dengan vocabulary dorang dalam English language. Ade sesetengahnya yang orang Malaysia kita sendiri pun tak berapa tahu. Contohnya perkataan “chapstick”. Kita kalau kat Malaysia ni sebut lip balm je. So, memang terbukti dorang banyak mengikuti perkembangan dunia Hollywood.

3. Dorang cepat belajar/ menguasai sesuatu perkara

Contohnya, Bahasa Melayu dan slang-slang yang kita orang Malaysia ni selalu gunakan dalam daily conversation kita di Malaysia. Dorang cepat belajar BM. Kalau kita, mampu cakap dalam bahasa bangla after 1 month duduk bangla tanpa guna Google Translator etc? Akak pun tak tau sebenarnya mampu atau tak haha. Sebab akak memang tak mampu T.T

Selain dari tu, diorang jugak berusaha untuk gain knowledge. Time bila dorang buat semua membaca tu pun akak tak tau.. Tup tup dorang dah jadi pandai, siap jadi supervisor lagi di kilang-kilang. Akak rasa orang yang sentiasa enthusiastic untuk gain knowledge ni sangat smart, walaupun dorang tak belajar sampai diploma or PhD. Ade jugak dorang yang dari tak reti membaca, terus boleh membaca tak lama lepas dorang belajar membaca.

4. Dorang tak guna duit perempuan

If dorang betul-betul cintakan/sayangkan korang, duit korang diorang tak akan sentuh. Walaupun ade jugak jenis yang sengal buat lawak pada korang suruh belikan baju, selipar or henpon baru, belikan tiket balik kampung etc, tapi cuba korang cakap/tegur sekali kat dia yang korang macam rasa yang dorang ni macam nak mempergunakan korang or korang try cite kat dia yang korang ni orang susah dan korang tak suka dia buat lawak meminta dibelanja bermacam macam, sure dorang akan cakap dengan nada yang agak marah (walaupun masih kontrol macho) bahawa dorang melawak saje dan dorang tak kisah pun sebenarnya. Biasanya if dorang dalam kesusahan pun, dorang tak akan meminta dari korang. Dorang tak nak menyusahkan korang.

Tapi. despite all his words, untuk korang betul-betul tahu sama ada he will take advantage of you or not, korang kena tengok time korang keluar makan dengan dia. Usually they will offer untuk settle the bill kat restaurant, walaupun hakikatnya ade beberapa ringgit sahaja dalam dompet. In fact, biasanya dorang tak cakap pun macam ni “I only have a few ringgit left, I hope you can eat something inexpensive”. Haha tapi apa pun, dorang still berusaha untuk cari duit, walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam dari rakan-rakan.

5. Dorang terima korang seadanya

Biasanya dorang tak tanya pun tentang ex ex pakwe korang dan kisah-kisah korang dan ex pakwe korang. Cuma, diorang akan tanya sama ada korang ni bini orang ke or dah pernah kawen/tunang. Kadang-kadang, korang nak bercerita tentang kisah-kisah lama korang (kononnya nak share kesedihan kisah lepas) pun dorang tak nak ambik tau. Haha. Bukan sebab kejam ke apa, tapi sebab dorang tak nak ungkit kisah lepas dan nak korang fokus pada masa sekarang je.

Biasanya dorang jugak tak memilih sangat bab paras rupa seseorang perempuan. Tapi if ade perempuan yang cun suka pada dorang, takdela dorang tolak pulak. Haha… Contoh dah banyak depan mata. Pernah ke korang selalu dengar dorang kawen dengan minah salleh? Tapi lelaki-lelaki Malaysia yang kawen dengan minah salleh banyak hehe

6. Sebab rajin?

Akak cuma agak la diorang sangat/agak rajin, malah sesiapa yang pernah memandang situasi dimana mat bangla-mat bangla beratur berjalan di tepi bahu jalan pada awal pagi jam 6.15 pagi dan juga jam 9 malam akan berkata “wah, awal pagi dah bangun kena berjalan pergi kerja” dan “wah, malam pukul 9 or 10 malam baru dapat balik rumah”. Kesimpulannya, untuk buat macam tu (bangun awal pagi, berjalan kaki untuk ke kilang-kilang, malah membawa bekal nasi berlaukkan kari/dal) setiap hari adalah SANGAT mencabar minda ok. Haha. Memang mencabar minda akak sendiri sebagai seorang warga tempatan lah.. Sebabnya, kalau akaklah maybe akak boleh bertahan sehingga seminggu je, semasa awal-awal bekerja. Then, the next week, sure akak akan mula rasa malas dan mungkin juga akan MC untuk 1 hari semata mata nak catch up tido..

7. Hensem??

Bagi akak,ada jugak mat bangla hensem yg boleh mencairkan iman akak.ada jugak muka mat bangla yg sungguh tak boleh belah..hahhaha.tapi taste akak lebih pada mat bangla.tengok jela muka abg li..ala2 abanglaaa..

Jadi, mungkin juga semangat kerajinan diorang merupakan antara salah 1 sebab mengapa wanita mudah terpikat pada diorang? Sebenarnya akak agak kagum jugak dengan daya tahan tidur diorang ni haha. Sebab ada sesetengahnya, walaupun balik kerja jam 10 malam, masih ada masa untuk lepak bersama kawan-kawan dan kadang-kadang juga keluar berjalan-jalan untuk ambik angin malam, then balik semula rumah jam 1 or 2 pagi. Kalau akak sendiri, lepas balik kerja maybe akan terus lepak atas katil, bersiar-siar di dalam alam mimpi..

Lumrah wanita mahu selalu keluar bersiar-siar dengan jejaka pilihan hati. Kadang-kadang tanpa mengira waktu/masa. Apa yang akak dapat simpulkan, mat Bangla biasanya jarang merungut/bersungut kepada teman wanita diorang betapa penatnya diorang bekerja dan betapa permintaan untuk keluar makan/bersiar-siar pada waktu malam menyusahkan mereka (sebab mereka nak tido/berehat kerana keesokan paginya perlu bekerja semula). Walaupun jika difikirkan secara logik akal, memang pekerjaan mereka agak memenatkan berbanding pekerjaan kita warga tempatan yang hanya perlu duduk di ofis, attend meeting, menyiapkan presentation dan tidak perlu sangat berjemur di tengah panas pada pukul 12 tengah hari.

Kesimpulan

Akak bukan mahu terlalu mengagung agungkan mereka-mereka di atas ni, tetapi cuma mahu berkongsi maklumat dengan pembaca sekalian hehe. Harap info-info diatas dapat merungkaikan persoalan saudara/saudari sekalian kenapa wanita mudah terpikat pada mat Bangla.

P/S: Buat wanita diluar sana, apa pun, berhati-hatilah dalam memilih teman, tak kira la bangsa apa sekali pun. Bukan ape, takut nanti terjumpa yang jenis sex maniac kan susah. Tak pasal pasal pulak.

Advertisements