Resepi Macaroon terbaik

Salam semua!

Alhamdulillah menjadi juga macaron akak setelah 5 kali akak buat,semua resepi yg akak follow byk yg tak menjadi.setelah bereksperimen selama 5 kali.inilah hasilnya…semasa bereksperimen byk macaron yang dihajatkan bertukar menjadi biskut rapuh, tak naik, takde kaki. Standard macaron yang bagus adalah bila permukaannya rapuh dan berkilat, bahagian tengahnya agak chewy, dan ada ‘kaki’.  bahan jugak tidak banyak, tetapi teknik kena betul, barulah menjadi! (wajar juga la percubaan dulu tu agak meleper)

Kali ini saya ubah resepi sikit, percubaan untuk menggantikan bahan utama macaron iaitu tepung kacang badam dengan alternatif lain.

Dan hasilnya, tadaaa! Seperti dalan gambar! Menurut analisis pakar makan-makan, andai pewarna yang lebih terang digunakan pasti lebih menarik! Dan pastinya kalau menggunakan resepi asal iaitu menggunakan tepung badam pastilah rasa lebih enak berbanding menggunakan tepung beras.

Oklah jom. akaknak berkongsi resepi akak, yang sudah diadaptasi dari resepi asli macaron.

Bahan-bahannya
200g tepung beras (rice flour)
4 biji putih telur (asingkan 1/4 putih telur)
70g gula icing
50g gula halus1 sudu teh esen almond (kalau menggunakan tepung almond, esen ini boleh tidak digunakan ye, atau tukar kepada esen vanilla pun boleh juga!)

pewarna makanan
kertas pembakar (baking paper)
plastik ziplock (plastik tapau lauk saiz besar pun boleh jugak)

Cara membuatnya!

1. ayak tepung beras, dan gula icing sekali. Kemudian campurkan gula halus. Masukkan 1/4 putih telur, dan esen almond, serta pewarna yang anda sukai. Kacau sedikit bagi sebati.
2. preheat oven 200c, siapkan template macaron dengan melukis pada kertas beberapa bulatan menggunakan saiz yang anda suka. letakkan template di atas loyang yang lebar. (boleh download dan print dari internet: search, macaroon template)
3. pukul 3/4 putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi putih dan bertanduk.
4. dengan menggunakan spatula lebar (senduk yang lebar pun boleh), kaup balikkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam campuran tepung sehingga sebati. (Penting: cuba usahakan agar tidak terlalu banyak mengkaup balik putih telur, supaya gelembung udara dalam putih telur tidak banyak terlepas. Kalau boleh kurang dari 50 pergerakan)
5. masukkan adunan ke dalam plastik ziplock, dan zipkan (kalau menggunakan plastik biasa, pastikan sebelum mengikat plastik kesemua gelembung udara dikeluarkan dahulu).
6. gunting sedikit satu bucu plastik, dan dengan berhati-hati picitkan bermula dari bulatan luar ke dalam hingga penuh lukisan satu bulatan, dan semasa mengakhiri bulatan, berhenti memicit plastik dan tarik plastik ke atas, mengikut template pada kertas pembakar yang sudah dibuat tadi. (tekniknya seperti orang membuat frosting pada cupcake)
7. masukkan ke dalam oven, turunkan suhu kepada 180c, dan bakar selama 20minit. Selepas 20minit, ubah kedudukan loyang, dan bakar lagi 5minit supaya semua macaron masak sekata.
8. keluarkan loyang, dan macaron yang sudah masak sepatutnya boleh tanggal dengan mudah, tanpa banyak kerak pada kertas. Kalau macaron masih melekat, maknanya macaron belum siap, dan masukkan ke dalan oven lagi 5 minit. (prosedur ini kena perlu diperhatikan, kerana keupayaan setiap oven adalah berbeza-beza).
9. bila macaron sudah semuanya boleh ditanggalkan, maka biarkan dahulu sejuk sebelum disapukan inti.
10. untuk inti, akak gunakan nutella, hihi. tapi kalau mahu gunakan coklat ganache pun takde masalah, guna jem strawbery ke, peanut butter ke, masa ni la boleh bereksperimen dengan macam-macam rasa!

Oh ya, sudah tentulah macaron tepung beras ini rasanya seperti tepung beras, bukan macaron tepung badam ye..

Selamat bereksperimen!kalau sedap bgtau akak.tak sedap diam ajer..ahaksss

Advertisements