Rindu Hong Kong

Assalamualaikum semua.
Wallaaaa…lama gila akak tak update blog…mesti korang rindu kat akak kan? Akak lately ni busy..tak penahnya akak tak busy kan…Sejak kejadian kapal terbang Airasia jatuh,akak tobat tanak pergi oversea lagik.akak takut dan cuak…OMG.!! Di sbb kan citer pasal oversea.akak nak share pasal percutian akak ke Hong Kong haritu.lama dah akak pendam.
Akak sekeluarga telahpun mengambil pakej percutian dari Travel agent. Actually, ini adalah 1st time akak melancong menggunakan travel agent plus melancong ke oversea.. Reason akak memilih Travel agent adalah kerana pakej percutian khas untuk Muslim yang menarik dan memudahkan semasa akak di sana nanti.. Bercuti dengan travel agent ni okay sebenarnya dan banyak memudahkan akak.goyang kaki dan petik jari je.janji bayar.
Jadi pada tarikh yang dinanti-nantikan, family akak menjejakkan kaki di KLIA seawal jam 6 pagi. Dak Fiza & Tajli yang hantar.Walaupun ada banyak masa lagi sebelum takeoff, tapi itulah calltime yang diberi oleh Travel agent sebab mereka harus mengendalikan check in dan sebagainya untuk ramai peserta. Rupanya, family akak adalah diantara 150 peserta lain yang turut akan bercuti ke Hong Kong. Ramai kan.huhuhu

Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam.. Sampai je di Hong Kong, kami ditemukan dengan Tour Guide bernama Alan.Alan  ni yang akan bawa kami pusing-pusing Hong Kong dan tempat-tempat menarik yang lain.

Selepas habis makan malam, akak dibawa ke tempat shopping paling terkenal di Hong Kong iaitu Ladies Market. Tempat dia ala-ala Petaling Street yang menjual pelbagai barangan dari handbag, baju, cenderamata, kasut dan macam-macam lagi.akak sgt suka sbb akak kaki shopping.
Keesokkan harinya,akak pegi Disneyland pulak..teruja betul anak-anak akak.dgn akak  sekali teruja. Sehari berjalan di Disneyland memang tak cukup.Next time nak pegi lagi.nak repeat apa-apa yang tertinggal.tapi persoalannya?? AKAK TAKUT NAIK KAPAL TERBANG!! MACAMANA NIIIIII???
anjeb anjeng
Advertisements