Resepi Kuih Tart Nenas

Hi semua.

Puasa ke? akak puasa je harini. Harini akak tak bz kat opis,so akak nk bg resepi kuih kegemaran akak iaitu kuih tart nenas.kuih ni memang feveret akak dari kecik sampai la nak masuk 4 series.di sbbkan feveret akak,akak  suka buat kuih ni tiap kali raya.dari encik abang sampai ke anak-anak pun suka.tak sempat raya kuih habis.terpaksa akak sorok kuih tu sbb takut di habiskan oleh org-org yg akak sayang 😀 .bagai org di luar sana,selamat mencuba…

BAHAN DOH
250 g mentega
100 g margerine
100 g gula aising
3 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
400 g tepung gandum*
50 g tepung jagung** digaul dan diayak)

BAHAN UNTUK GLIS
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS
550 g nenas
300 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA
UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 – 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

17859657629_285e431456_b

Advertisements