mulut busuk

hai….

sekarangkan bulan puasa…akak nak kupas isu mulut busuk kat korang..

korang mesti pernah jumpa orang yang bau mulutnya busuukk tak ingatkan?? Ke.. korang pun tergolong dalam golongan mereka yang bermulut busuk.ingat tau… mau sebatu orang lari. akak ada kawan 1 opis yang mulut dia ya rabbi…..dari jauh bercakap pun dah berbau.tak bercakap pun berbau jugak.dahla akak duduk sebelah dia,terseksa hidup akak.yang tak terseksa bila cuti sabtu ahad aje..huhuhu .busuk tu bukanla busuk sedap.busuk bau longkang/taik/sampah.huhuu lagi…

Tau tak kenapa mulut  boleh berbau?? Masalah ni memang nampak ringan. Tapi awas ia akan menjadi bahan umpatan orang, keyakinan diri korang juga terkesan sama tau. Ok sekarang mari kita selami penyebab dan cara mengatasi masalah ni.

Bau mulut ni selalunya terjadi kepada orang dewasa .budak kecil pun kena gak.. Tapi baunya lain sikit..Ianya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria mulut. Namun, ada juga penyebab lain..

Kerosakan gigi
Penyakit gusi
Sisa makanan yang tertinggal di celah gigi
Mulut kering
Aktiviti bakteria yang berlebihan pada lidah
Jangkitan tenggorok atau tonsil
Radang selaput lendir pada hidung.

Image result for mulut busuk


Cara untuk elakkan bau mulut pula
Selain memberus gigi, bersihkan juga gigi menggunakan dental floss. Pakai benang pun boleh,lidi pun boleh..hehe
Guna pembersih lidah.
Guna formula ubat kumur. Macam Listerine ka.. Plax ka.. dan yang sewaktu dengannya..
Banyakkan minum air masak. Jangan terlalu banyak minum air kopi.
Kunyah gula-gula getah, khasnya kalau mulut terasa kering.
Makan sayur-sayuran
Berkumur selepas makan.. Kalau nak gosok gigi lagi bagus..
Kurangkan mengambil makanan ringan.. Sebab ianya mudah terselit kat gigi
Hidup sihat, tidak merokok..

INGAT..PASTIKAN MULUT KORANG TAK BUSUK..

Kalau dalam bulan puasa, lain kesnya ya.. Pastikan jangan banyak sangat bercakap..korang puasa tak??

Advertisements