Benci lirik lagu ni!!!

Hi semua..sayang semua…muahhhh

Cer tengok tajuk akak.kebabom kan.Benci lirik lagu ni!!! yess akak memang benci lirik lagu ni..sangat benci.akak perempuan isteri dan……….so akak memang benci lirik lagu ni.

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah…

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar
Untuk menguji

Itu lirik di sana memanti di sini menunggu..dan ada lagi satu lagu..

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

mmm korang dah bacakan?menyampah dan benci kan.tapi itu utk perempuanla.kalau yang lelaki melompat sampai ke awan.

Bila sebut pasal bermadu, dah pasti ramai wanita yang geleng kepala laju-laju. Jarang sekali ada wanita yang cakap ”Saya rela bermadu”.kalu ada pun orang gila je.

Pernah tak kaum lelaki terfikir dan menganalisa kenapa kaum wanita tak mahu bermadu walaupun ia dibenarkan dalam agama Islam? meh akak share ngan korang:

1. Takut Suami Tak Reti Nak Balik Rumah

GrOtgM

Kalau baru kahwin dulu, tepat pukul 7 malam dah tercongok depan rumah. Masa tu si isteri pula sibuk memasak untuk suami yang penat berkerja.

Tapi, bila dah bermadu mestilah kena bahagi-bahagikan hari dengan madu. Cuma, yang merisaukan, si suami langsung tak muncul sampai berbulan-bulan. Acane?

2. Tak Mahu Share ‘Kekayaan’ Suami

wink2

Bukanlah bab duit sahaja yang menggusarkan hati wanita, tetapi ‘kekayaan’ suami daripada segi kasih sayang dan perhatian juga sering menjadikan seorang isteri itu tak sanggup berkongsi suami.

3. Terpaksa Tidur Sorang-Sorang

EXKw6F

Dahla memang suka tidur berkepit. Stok penakut pula tu. Tapi, bila tiba-tiba si suami tiada di sisi sebab dah tiba giliran belah sana, mulalah tak boleh tidur malam. Lepas tu kepala dok terbayang-bayang suami tengah buat apa dengan si madu. Aish.

4. Dituduh Tak Pandai Jaga Suami

http---makeagif.com--media-7-05-2013-HL32SC

Fuh. Story macamni kalau diketahui oleh jiran tetangga, akan jadi hot news of the month. Mulalah cakap yang anda ni jenis tak pandai nak jaga dan layan suami. Sebab tu lah suami pasang cawangan lagi. Ish. Sabar je lah.

5. Kebajikan Anak-Anak Terabai

cry_baby

Anak dah la berderet-deret. Semua pun kecil-kecil lagi. Maka, para wanita ni risaulah andai kata si suami ‘syok’ sangat layan layan isteri baru sampai lupa tanggungjawab kepada anak-anak.

6. Tak Mahu Cipta ‘Drama’

my_husband(1)

Biasalah. Perempuan penuh dengan emosi. Asal tak puas hati sikit je mulalah menangis, meraung dan lawan tarik rambut dengan madu. Fuh. Time tu lah suami rasa nak cari yang nombor tiga.

7. Kena Cop Perampas

Screen Shot 2015-02-26 at 1.05.12 PM

Lain pula ceritanya kalau anda merupakan orang ketiga dalam rumahtangga tersebut. Dah sah-sahlah semua orang termasuklah bff ada persepsi yang korang ni perampas suami orang!

8. Dengar Kisah Negatif Pasal Bermadu

Screen Shot 2015-02-26 at 1.07.08 PM

Saban hari, ada je cerita-cerita sedih mengenai hidup bermadu ni. Tak yang pertama terkilan, yang kedua pula rasa dianiaya. Humph.That why akak benci lagu uks dan akak tolak poligami mentah2.so what??

Advertisements