Perempuan kuat menipu

ahai…….

Seorang perempuan mempunyai pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan fizikal atau dengan kata lain menutup ketidaksempurnaan diri, berbanding dengan lelaki (lelaki tulen).

1) Dada yang menggiurkan. Dada yang leper atau tidak memberangsangkan boleh bertukar menjadi montok dan menjadi daya tumpuan dengan bertukar kepada push-up bra atau padded bra.

Image result for push up bra before and after a cup

2) Bentuk badan sempurna. Bentuk tubuh yang tidak berapa curvy atau terlebih lemak boleh disembunyikan dengan memakai korset untuk mendapatkan ilusi langsing dan figure berlekuk macam jam pasir. Ya, perempuan memang sanggup sakit untuk nampak cantik. Kepuasan diri, katanya.

Image result for korset

3) Mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Atau dari mata turun ke hati. Mata yang besar dan bersinar sinar memang boleh memukau sesiapa yang memandang. Bila kita bercakap dengan seseorang pun kita akan pandang pada mata nya dulu kan (bukan terus pada dadanya). Mata yang bewarna selain coklat kehitaman adalah satu bonus. Sekarang kau cakap je nak mata warna apa, semua ada. Dari sekecil-kecil mata, kau boleh mendapat sebesar-besar nya. Perempuan comel mata besar, siapa tak nak oh?

Pemakaian contact lenses banyak membantu. Pilih saja ukuran diameter dan warna yang berkenan. Faktor rabun bukan lagi satu alasan utama untuk memakainya.

4) Wajah jelitawan. Tak susah, dengan bantuan pelbagai jenis alat mekap dari pelbagai jenama,bulu mata palsu dan plastik eye lids. Segala kekurangan atau cela pada wajah dapat disembunyikan. Yang kurang dapat dilebihkan. Mata sepet boleh jadi besar, bibir nipis boleh jadi tebal, kulit gelap boleh jadi cerah, kulit kasar boleh jadi halus.

Dengan kuasa mekap, anything is possible bebeh!!

5) Pinggul montok rasa nak tepuk. Apalah guna dah pakai push-up bra dan dapat dada yang montok serta badan yang menggiurkan, kalau punggung mu leper saja. Kini bukan lagi masalah, dengan terdapatnya silicone padded butt apa kejadah.

Pakai bendalah ni punggung nampak tebal sikit. Pandai-pandai lah jangan bagi sesiapa tepuk. Nanti terbongkar rahsia you.

6) Ketinggian melampai bak model. Ketinggian juga boleh menjadi satu dilema pada perempuan. Habis tu kau ingat kenapa boleh ada tercipta high heels sampai 12 inci? Tapi point penting adalah, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan ilusi langsing pada perempuan. Kaki nampak panjang gitu. Kalau boyfriend galah, bila pakai heels barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Walaupun terdapat kajian yang mengatakan pemakaian high heels dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang, tapi peduli apa. Itu bukan penghalang.

Image result for high heels
Sampai sekarang akak tak faham bagaimana perempuan boleh berjalan dengan ini? Kita memang makhluk hebat bukan? Akak paling tinggi pun 6 inci je dikkk.

7) Rambut mayang mengurai. Rambut adalah mahkota wanita. Rambut tak jadi masalah bagi wanita sekarang. Tak suka kerinting, boleh pergi luruskan buat rebonding. Bosan lurus, boleh buat curly wavy sikit. Dah bosan rambut curl, potong pendek pulak. Muak tengok rambut pendek sebab kurang cara nak gayakan, boleh panjangkan balik buat hair extension. Bosan tengok rambut hitam nampak melayu sangat, boleh pergi warnakan perang. Hari ni ungu, esok hijau pon boleh. Dah bosan ada rambut, pergi botak kan. Botak pon fesyen juga. Penat botak, pakai wig. Apa ada hal.

Image result for curl hair

macam color rambut akak.

Ini adalah sampingan. Tahukah anda bahawa perempuan mempunyai pelbagai pose untuk menampakkan dirinya kurus dalam gambar? Contohnya, ambil gambar dari angle atas/condong/45 darjah untuk sembunyikan dagu berlapis, menjadikan mata nampak besar dan muka kiut. Ini adalah pose paling ramai orang buat.

Menjadi seorang perempuan ini sangat bertuah, bukan? Ketidaksempurnaan itu boleh dikatakan tidak lagi wujud. (Dari pandangan luaran).

Maka, pada pandangan anda, adakah perempuan ini merupakan makhluk

a) tak pandai bersyukur atau tak puas dengan apa yang ada
b) kurang keyakinan diri
c) terlalu mengejar kesempurnaan
d) tuntutan nampak cantik setiap masa di hadapan semua orang

Akak tak nafikan akak buat semua benda2 yg akak senaraikan kat atas tu.Akak nak di kategorikan nampak cantik 24 jam, maklumla akak bukan insan sempurna.akak teringin jugak nak hot seperti cik ta.
e)memang suka nampak cantik untuk kepuasan diri
f)nak pikat lelaki?
g)kesemua di atas.

Advertisements