Bukan belas bukan simpati

Sudah lama hatiku rasa keseorangan.tah bila ada orang yang sanggup mengubat hatiku yang lara.hari-hari akak rasa sunyi dan kekosongan.pembaca blog akak ada yg sanggup mengubat hati akak yg lara???tadi akak belek-belek lagu azian mazuan.terus akak nangis..oh!!!!

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rendang
Bawah bayangmu aku menumpang
Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu
Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa

Advertisements

Selimut tetangga

Korang pernah dengar lagu Selimut tetangga dari Republik.sedapkan lagu tu.akak tangkap lentoq dan leleh dengaq lagu tu.cer korang tgk dan baca elok2 lirik lagu selimut tetangga ni.

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Bersabarlah sayang aku akan pulang.

mmmm skang korang paham tak maknya lagu ni?lagu ni di tujukan khas untuk perempuan simpanan!! sentapkan.hahhaha. well akak mmg layan habis lagu ni.dan lagu ni akak tujukan dan hadiahkan buat skandal2 atau anak2 ikan yang akak sayangi. luv u all…kuang kuang kuang

Kisah si perempuan perampas

Sebagai perempuan, kita semua ada perasaan yang sama, tak banyak pun mesti ada sedikit perasaan seorang perempuan. “Apa, perasaan korang bila ada perempuan lain yang tercuba, tergatal, termesej, tecall, tergedik kat boyfriend atau laki korang? sakit hati kan? tipu hokay kalau tak sakit hati. ”
akak selalu pesan dekat diri sendiri kalau kamu mencuri hak orang lain, kamu menyebabkan orang lain menangis, kamu menyebabkan hati orang lain terluka, kamu menyebabkan hidup orang lain kucar kacir !

akak selalu berbisik dan mengumpat dengan diri akak sendiri.

1) Akak benci perampas! akak  tak suka mereka rampas hak orang lain. Akak tahu, perampas ni ada banyak sebab untuk mereka merampas, sebab mereka gatal, miang dan gedik. Perangai dah macam tu, tak tahu malu. Sanggup buat apa saja untuk kepentingan mereka sendiri sampai sanggup lukakan hati orang lain.

2) Dia tahu dia lebih cantik dan kaya, maka dia fikir dia boleh buat apa saja terhadap sesiapa pun, termasuklah merampas hak orang
3) mereka ni tak reti nak hormat hak orang lain. Buktinya, dia dah tahu yang orang tu dah ada bini or awek or tunang, tapi si perampas tak guna ni tetap datang menggoda dan memiangkan diri mereka dalam usaha merampas hak milik seseorang itu. Akak dah biasa sangat tengok benda ni.LIVE LAGI!! kat opis akak. BINI ORANG DOK SCANDAL LAKI ORANG. GELI AKAK TENGOK. LAYAN BOIFREIND DIA MENGALAHKAN LAKI SENDIRI.So, memang takde tertulis pon kan hukum merampas hak orang. Tapi benda ni selalu terjadi. So, nak hukum macam mana?This Is Reality.Not fantasy

Akak bg contoh lain ya:

Ada seorang kawan tanya pada akak, apa pendapat akak kalau laki orang suka kat akak, dan akak pun suka kat dia ?

Sebenarnya akak tak tau nak jawab apa. Sebab tak pernah terfikir pun, malahan akak tak nak fikir bahawa akak akan jatuh hati kat laki orang . Tapi dia mintak pendapat akak. Jadi terpaksalah akak mengeluarkan apa yang ada dalam kepala otak akak dan apa yang akak fikirkan dalam lubuk hati.Bagi akak, lantaklah kalau ada laki orang suka kat akak, perasaan orang kita tak boleh nak halang. TAPI !! Jangan akak yang ada hati kat laki orang dan akak memang akan elakkan.

Akak pasti, kalau boleh semua wanita tidak mahu berada dalam situasi begini. Takde wanita yang mahu campakkan diri dia untuk berada dalam keadaan yang rumit macam ni.

Dan akak juga tau perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni bukan dalam kawalan kita. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.

Mungkin ada yang kata tiada niat untuk merampas, tak terfikir pun lagi untuk merampas, hanya berkongsi kasih. Oh come on. Jangan tipu. Akak pasti, bagi seorang wanita, apabila telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua wanita begitu.

Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kita sibuk menjaga dan pentingkan hati kita, kadang-kadang kita tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kita dalam kasut dia.

Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan?

Ingatlah. Kita takkan mendapat kebahagiaan yang kita idamkan dengan cara merampas kebahagiaan orang lain. Kalau pun kau dapat memiliki dia, dalam hati kau pasti ada perasaan tak tenang dan tenteram. Lain lah kalau isteri pertama redha dan benarkan suami dia berkahwin lain.

Tapi cuba kau bayangkan, isteri mana yang sanggup berkongsi suami, orang yang diharapkan untuk sehidup semati, memberi perlindungan dan kasih sayang sampai ke mati.

Fahamilah apabila seorang wanita telah bergelar isteri, bermakna dia telah menyerahkan hati jiwa dan raganya untuk si suami. Ya, hanya suami. Tapi kalau suami pun mahu diambil oleh orang lain, lalu apa yang tinggal pada dia?Akak dapat rasakan kalau laki akak ada orang nak cantas!!

Dalam hal ni, akak tahu lelaki yang paling lemah, sebab pasti mereka akan kalah dan tunduk dengan desakan nafsu. Tapi ingatlah, Allah jadikan kita orang perempuan orang yang kuat dari segi mental dan dalaman, berbanding kaum lelaki yang hanya kuat dari segi fizikal. Sebab itu orang perempuan dijadikan sebagai ibu, sebab kita kuat.

Jadi kalau orang lelaki lemah mentalnya, kita yang kuat ni lah kena pertahankan pendirian kita.

WTF this??? Ini pula rakaman Hot fm tentang cadangan HARI POLIGAMI. Wujud lagi manusia2 macam ni yang sanggup robohkan rumahtangga orang lain demi cinta dan kepentingan diri sendiri? Dalam telefon tu siap GELAK KETAWA lagi berharap kekasih dia ceraikan bini dia tanpa sebarang rasa MALU dan BERSALAH hanya kerana lelaki tu cintakan kau dan kau cintakan dia? Sanggup dia suruh bini dia tu mintak cerai agar dia dapat bersama dengan kekasihnya seorang suami orang? Akak tak boleh bayang betapa runtuh dan remuknya hati seorang isteri dan juga anak2 mereka kalau dengar perbualan ni.

AWAS ini  peringatan. sila ambil pengajaran. tak kisah la pada pakwe ke makwe ke laki orang ke bini orang ke. jangan ambil hak orang. kalau kita ambik hak orang, orang akan ambik balik hak kita. jangan rampas awek orang. jangan nak berskandal mandal.. sebab kita tak tahu nasib kita esok lusa. mungkin lagi teruk balasannya. Akak percaya pada karma.
Jangan diambil sesuatu yang bukan milik kita. be aware. sekian terim kasih.Dan yang pasti AKAK BUKAN PERAMPAS SEPERTI YANG DI WAR WAR KAN DI OPIS AKAK..AHAKSSSSS

Antara artis yang di gelar perampas ialah:

Siti Nurhaliza,Fasha Sandha,Waheeda Wassini,Watie Elite,Memey Suhaiza,Hanez Suraya,Tiara Jacquelina,Emylia Rosnaida,Yasmin Hani,Faezah Elai,Puteri Mardiana dan byk lagi.

hanez suraya rampas suami orang

hanez suraya rampas suami orang 1

Aksi si perempuan zumba

Akak sedikit bengang dgn rakan-rakan fb akak dan rakan-rakan fb kepada kawan akak yg suka main-main tag. akak bukanla jeles ke dengki ke.tapi akak bengang je sbb akak tak pernah pegi zumba. diorang ni excercise,so tak payahla nak post post gambar yg menunjukkan they olls pegi zumba. tiap kali pegi zumba post gambar pegi zumba. they olls tu pakai tudung.amik gambar tergedik-gedik,pakai sexy habis.kebanyakkannya mak mak budak okehh.naik meluat akak tengok.kalau kurus takpela jugak.ini lemak sana sini,macam mak gajah. di tambah pula muka yg hodoh.omaiiiiii

ni adalah gambar contoh jeee.jangan marah naaaa

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

Akak hadiahkan lagu ini utk suami kesayangan akak.

“papa kalau mama dah tiada lagi nanti,mama tak izinkan papa kawen lain.kalau papa kawen lain jugak,mama akan kacau papa dan isteri baru papa hari-hari”.

Jika ku tak bgn esok pagi
Sayangku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hait
Dirimu amatku cintai

Andainya dirimu kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

(c/o)
Bila terasa sejuk…
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu…
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang…
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

(sayang,tiada apa yang kekal dalam dunia ini,
namun yang pasti,senyumanmu ku tiada ganti,
cintamu kan kekal abadi)

Repeat (c/o)

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti…
Jika ku x bgn…..(esok pagi)
Jika ku x bgn esok pagi….

Jauhkan aku dari dia

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

ya Allah,
dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Rindu Hong Kong

Assalamualaikum semua.
Wallaaaa…lama gila akak tak update blog…mesti korang rindu kat akak kan? Akak lately ni busy..tak penahnya akak tak busy kan…Sejak kejadian kapal terbang Airasia jatuh,akak tobat tanak pergi oversea lagik.akak takut dan cuak…OMG.!! Di sbb kan citer pasal oversea.akak nak share pasal percutian akak ke Hong Kong haritu.lama dah akak pendam.
Akak sekeluarga telahpun mengambil pakej percutian dari Travel agent. Actually, ini adalah 1st time akak melancong menggunakan travel agent plus melancong ke oversea.. Reason akak memilih Travel agent adalah kerana pakej percutian khas untuk Muslim yang menarik dan memudahkan semasa akak di sana nanti.. Bercuti dengan travel agent ni okay sebenarnya dan banyak memudahkan akak.goyang kaki dan petik jari je.janji bayar.
Jadi pada tarikh yang dinanti-nantikan, family akak menjejakkan kaki di KLIA seawal jam 6 pagi. Dak Fiza & Tajli yang hantar.Walaupun ada banyak masa lagi sebelum takeoff, tapi itulah calltime yang diberi oleh Travel agent sebab mereka harus mengendalikan check in dan sebagainya untuk ramai peserta. Rupanya, family akak adalah diantara 150 peserta lain yang turut akan bercuti ke Hong Kong. Ramai kan.huhuhu

Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam.. Sampai je di Hong Kong, kami ditemukan dengan Tour Guide bernama Alan.Alan  ni yang akan bawa kami pusing-pusing Hong Kong dan tempat-tempat menarik yang lain.

Selepas habis makan malam, akak dibawa ke tempat shopping paling terkenal di Hong Kong iaitu Ladies Market. Tempat dia ala-ala Petaling Street yang menjual pelbagai barangan dari handbag, baju, cenderamata, kasut dan macam-macam lagi.akak sgt suka sbb akak kaki shopping.
Keesokkan harinya,akak pegi Disneyland pulak..teruja betul anak-anak akak.dgn akak  sekali teruja. Sehari berjalan di Disneyland memang tak cukup.Next time nak pegi lagi.nak repeat apa-apa yang tertinggal.tapi persoalannya?? AKAK TAKUT NAIK KAPAL TERBANG!! MACAMANA NIIIIII???
anjeb anjeng

Ku rindu padamu…

Rasanya memang agak lama akak tak menghapdep blog ni. Hidup akak memang terlampau busy lately ni.Dengan masalah anak-2,masalah laki,masalah sepupu akak accidentla,org tu sakit,org tu mati…mmg akak busy melampaula…hehehehe..

Harini mood akak sgt sendu.Jadi akak terbaca satu puisi indah dari blog seseorang yg buat hatiku terpesona..kahkahkah

Aku rindu dirimu…

Tuhan jagakan dia untukku..
jagakan dia agar air matanya tak lagi jatuh…
jagakan dia agar cintanya selalu penuh..
untaikan senyuman dibibirnya
terangkan cahaya di matanya…
hangatkan hari-harinya agar selalu ceria…
sinarilah malamnya agar tidurnya lelap…
berikan dia mimpi-mimpi indah…

lindungilah dia dari kesusahan..

dia kembalikan hatiku untuk kujaga dan semai kembali..
semaian yang dimahukan fitrah..
aku mohon Kau jagakan dia untukku..
saat aku tidak lagi berada di sisinya lagi seperti dahulu…
sungguh aku amat mencintai dan menyayanginya…
hakikatnya.. fitrahku memerlukan dia..
sungguh aku tak mampu memikul rasa ini..
terbeban dengan cinta yang tiada penghujungnya…
tidak betah menahan kecewa dan cemburu..
saat dia tertawa bersama insan lain..
sedangkan Kau telah titipkan rasa cinta..

dalam diri ini dan dirinya..

Ya Allah..

aku titipkan rasa rindu ini kepadanya melalui-Mu..
Kau titipkanlah rasa rindu ini kembali padanya..
jodohkan kami agar kami bisa bercinta lagi..
dibuktikan dengan akad yang sah..
restu dari kedua orang tua..
diiringi do’a para malaikat..
jika dia adalah jodohku..
yang telah Kau titipkan untuk ku…
maka satukan kami dengan ikatan yang Kau redhai…Ya Allah
Ya Rahman..Ya Rahim…
aku mohon.. Kau panjatkanlah rasa ini..
jauhilah aku dari perasaan kecewa itu lagi..
sungguh aku tak mampu ya Allah..
sungguh aku tak mampu menahan lagi..
setiap kali kutangisi kenangan semalam…

Ya Rabb..

aku gantung hatiku pada-Mu saat ini..
pemilik seluruh jiwa-jiwa..
di saat hati ini goyah..
di saat hati ini menangis…
disaat hati ini kecewa dengan cinta manusia…
hatiku kembali kepada-Mu..
fitrah ini memerlukan-Mu..
juga memerlukan dia..
dapat merintih dan berharap
agar sinar yang telah hilang itu
dikembalikan sekali lagi buat hambamu ini…
satukan kami dengan akad yang sah..
biar cinta dan rindu ini disulamkan bersama..

cinta Ilahi agar semakin kuat ikatannya..

Allahumma aamin..

Jiwang kan akak..hahahhahahah

Isteri vs Girlfriend

Isteri macam TV , girlfriend macam handphone.Di rumah tengok TV, pergi keluar bawa handphone

Tak ada duit jual TV. Ada duit beli handphone baru.

Kadang kadang seronok tengok TV,tapi selalunya banyak masa habis main handphone

TV percuma sepanjang hayat tapi handphone kalau tak bayar servis line talian akan ditamatkan serta merta

TV saiznya besar, berat dan dah buruk,tapi handphone cute,comel,ramping,banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana mana dan bila bila masa sahaja

Kos penyelenggaraan TV murah saja lagipun jarang rosak,tapi handphone mak oii..mahalnyee..Selalu meragam lak tuh mintak kena tukar..haish

Yang sadisnya,TV ada remote control,tapi handphone takdee tau!!

satu je kelebihan TV ni..xde virus!! tapi handphone sekali kena habislahh!!

jadi jangan pening kepala pilihlah TV anda.

hehehe..naseb akak dpt suami yg setia.hensem pulak tu.kahkahkahkah

Sakit tapi asyik

Akak hari2 layan online radio sambil berkerja.adala 1 radio ni,pasang lagu Zaleha Hamid & Salih Yaacob.Haritu akak ada post jugak lirik lagu jagung bakar..Yang ni pula,lirik lagu sakit tapi asyik.Bole tahan jugak lirik dia…layan yer adik2.tak salah akak.lagu ni kene banned.tp sekarang tidak lagi.kahkahkah!!!

Zaleha – Aduh-aduh sakit terasa, Hai sakit sekali, Aku tidak berdusta abang, Memang rasa ngeri.

Salih – Baru sedikit sudah menjerit, Hai ribut bilang sakit.

(dialog)
Zaleha – Aduh sakit bang.
Salih – Yea sakit nantikan enak.

(korus)
Zaleha – Memanglah sakit, Pertama terasa sakit, Perlahan saja agar aku tak menjerit.
Salih – Tahanlah dulu, Jangan terburu menjerit, Walaupun sakit akhirnya enak sekali.

Zaleha – Aduh-aduh sakit terasa, Hai sakit sekali, Tapi enak juga akhirnya, Hai enak sekali.
Salih – Apa kataku tahanlah dulu, Anginnya biar pergi.